oleh

Allah Memaafkan Segala Dosa Dan Kesalahan Hambah Yang Bertaubat Kepadanya

Lamongan-suarajokotingkir.com
“Siapa yg benar-benar telah mengenali Allah, maka ia tiada menuntut kelebihan ataupun kekurangan, bahkan ia tetap teguh berdiri dengan Allah”

“Penyembah puji dan cela, nikmat dan bala, penyembah karya-karya mereka, rekaan-rekaan mereka, penyembah publisiti dan maruah mereka, keturunan mereka, kecekapan mereka, ketangkasan dan kehebatan mereka, cermat dan ketelitian mereka, penyembah pangkat, harta dan martabat- martabat mereka, jangan sekutu Allah dengan sesuatu”

“Disembahnya kebun dan matair-matair, gedung-gedung dan perhiasan dan pakaian dan kenderaan mereka. Disembahnya anak isteri mereka, dan para penyembah duniawi dan penyembah ukhrawi, dan penyembah bermacam-macam lagi ribuan tuhan-tuhan sementara yg hissi dan yg maknawi yg silih berganti menjadi penyembahan didalam diri dan didalam kehidupan mereka, maka binasalah dan matilah roh mereka berserta berhala-berhala alam semesta!”

“Berkawanlah dengan Allah, nescaya engkau akan merasakan kesenangan walaupun engkau dalam kesusahan”

“Akal, ilmu, amal tanpa hidayah dari Allah akan menjauhkan manusia daripada Allah”

“Ilmu yg tidak menambahkan takut dan pergantunganmu kepada Allah itu tidak akan menghampirkan diri kepada Allah, bahkan bertambah jauh”

“Ahli tauhid tidak memandang ciptaan,ia memandang Pencipta”

“Ada rahsia Allah hanya diberikan untukmu, haram diberitahu kepada manusia, dan ada rahsia Allah yg diperintah diberitahu kepada manusia”

“Siapa yg bersungguh-sungguh menyucikan hatinya daripada segala sesuatu selain Allah, nescaya akan mengalirlah rahsia-rahsia Allah pada hatinya”

“Jangan engkau berharap dan bergantung kepada sesuatu selain Allah, tiada penolong dan pelindungmu selain Allah, dan tiadalah yg dapat menyelamatkanmu daripada sesuatu melainkan Allah”

“Biarkanlah mereka berkata-kata apapun kepadamu, asalkan engkau tetap teguh bersama Allah”

“Tubuhmu bersama manusia, hatimu bersunyi dengan Tuhan”

“Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah, iaitu Nabi Muhammad S.A.W”

“Rahsia Tuhan terpendam dalam diri, maka sucikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah”

“Jangan engkau menuntut hakmu kepada Allah, tetapi selesaikanlah tauhidmu kepada hak Rububiyyah Allah atasmu”

“Teruskanlah perjalananmu, jangan engkau berpaling kekanan ataupun kekiri, berhadaplah kepada Tuhanmu”

“Awal perjalanan menuju Tuhanmu, jangan engkau menghiraukan celaan dan ejekan manusia kepadamu, kerana jalan ketuhanan itu sedikit pengikut dan banyak fitnahnya”

“Jangan engkau terlena dengan keindahan taman-taman bunga dan istana raja, sebab tujuan sebenarmu itu pertemuan dengan Sang Raja”

“Orang yg telah merasai kecukupan dengan Allah, maka terkadang ia merasa malu untuk berdoa kerana diam didalam kehendak Allah”

“Terhijab dengan keturunan dan sanad ilmu/amal, terhalang daripada sampai kepada Tuhan”

“Sesungguhnya Allah cahaya langit dan bumi, siapa-siapa yg zulmah jiwa nuraninya maka butalah dan kaburlah ia daripada pandangan kebenaran dan siapa-siapa yg terpancar, bersinar matahari sir ar-rububiyah maka sucilah dan teranglah penglihatannya dan terhindarlah ia daripada belenggu ragu-ragu, syak dan waham, maka berdirilah kota tauhid yg hakiki dan tertegaklah istana yakin didalam jiwa nuraninya dan runtuhlah mahligai dan segala berhala-berhala selain Allah, dan diperolehinya fadhli Tuhan yg amat besar. Maka siapa-siapa yg telah memandang iaitu menghalakan arah kiblat sir nyawanya kepada Tuhan yg Maha Tinggi, maka sampailah ia kepada Allah, maka itulah yg dikatakan tempat duduk kebenaran disisi Maha Raja Yg Maha Kuasa”

“Tidak sama kematian orang yg mengenal Allah dengan orang yg bergantung dengan dirinya sendiri. Bukan mata mereka yg buta, tetapi mata hati yg didalam dada mereka yg buta, bahkan lebih sesat”

“Jangan engkau membebankan dirimu dengan sesuatu yg Allah tiada menuntutmu, dan jangan mengikut kecenderungan hawa- nafsumu”

“Hati-hati syirik, seumpama semut hitam yg berjalan diatas batu hitam, sukar dilihat melainkan orang-orang yg mendapat petunjuk Allah”

“Ahli Allah ialah orang-orang Allah, insan ketuhanan, mereka yg mengenal Allah dengan Allah dan mereka fana dalam kewujudan Allah. Mereka adalah orang-orang yg dekat disisi Allah dan menjadi kekasih-kekasih Allah dan mereka adalah para pensuci Tuhan sekalian alam”

“Janganlah melampaui batas dalam keinginanmu beribadat kepada Allah”

“Kenal Allah dengan Allah, kuasa Allah Maha Mutlak, dan tiada batas DzatNya dengan sesuatu pun”

“Siapa yg meridhai Allah, maka Allah meridhainya, dan cinta tiada menuntut sesuatu selain DiriNya”

“Tidak dialihkan pandangannya melainkan kepada Dia melalui Dia. Mereka dianugerahi kasyaf melihat Allah, dan hijab atau dinding-dinding zulmah diangkat khas untuk para ahli al-musyahadah, maka zahirlah Dia dimata-mata dan teling-telinga dan dihati-hati nurani ahli al-yakin, dan sir rahsia ruh mereka telah berhadapan dengan Al-Hak Ta’ala. Maka jadilah kehendak mereka Dia, tujuan mereka Dia, diam dan gerak mereka Dia dan apa sahaja yg datang mengenai diri mereka adalah Dia tanpa ada yg lain, dan sir batin mereka telah diperkatakan oleh Allah: Tiada Tuhan melainkan AKU!”

“Buah keyakinan itu tertanam dalam dirimu, hadapkanlah tujuan dan arah hatimu kepada yg satu, dan buangkanlah yg banyak itu, nescaya engkau akan dapat bersatu dengan Tuhanmu yg satu dan Maha Esa”

“Hati-hati dengan puak melayu murtad, mereka mentafsir Islam mengikut akal fikiran mereka semata-mata, menyesatkan umat Islam, dan mereka menolak tafsiran para sahabat Nabi dan para ulamak r.a”

“Engkau menyerah dirimu dalam lakuan Allah, Dia yg zahir, Dia yg batin, tiada yg lain selain Dia, dan lebur segala sesuatu selain Allah”

“Apabila engkau telah lebur didalam keesaan Allah, maka sah dan sempurnalah pengenalanmu kepadaNya”

“Allah pelaku segala sesuatu, tiada yg Wujud melainkan Allah”

“Permintaanmu kepada Allah yg menyebabkan engkau merasakan Allah telah mengikut keinginanmu itu adalah suatu tanda kejauhanmu dan kejahilanmu kepada Allah”

“Tujuan daripada zikrullah itu bukanlah untuk melindungi dirimu atau alam ini, tetapi untuk menyucikan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, sehingga antaramu dan Allah tiada antara lagi”

“Pekerjaan yg paling utama ialah hatimu duduk dengan Dzat Allah, itulah sanad yg hakiki”

“Orang yg telah terasyik dengan zikrullah akan terbuka baginya perbuatan Allah, maka tiada dilihat melainkan perbuatan Allah, barang kemana ia berhadap disanalah Allah”

“Ya Allah! Aku fakir, hina, jahil, lemah, tiada daya-upaya, dan Engkau Maha kasih-sayang….”

“Orang yg telah melihatKU, tidak boleh lagi melihat selainKU, kerana ia adalah suatu azab yg amat berat!”

“Janganlah engkau terburu-buru, AKUlah Tuhan yg disembah pada setiap waktu dan pada setiap tempat”

“Jangan engkau takut dan bimbang, AKU sertamu, berhadaplah kepadaKU, mohon pertolongan dan perlindunganKU, atas tiap-tiap sesuatu AKU amat kuasa”
suarajokotingkir.com

Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *